Monday, February 16, 2015

MINGGU 5S ASRAMA


9 hingga 12 Februari 2015 telah diadakan minggu 5S asrama. Aktiviti dijalankan pada pukul 9.00 hingga 10.00 malam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan dorm dan bilik-bilik khas. aktiviti ini deselaraskan oleh Cikgu Adnan.

LATIHAN KEBAKARAN SIRI 1

Pada 9 Februari 2015 telah diadakan latihan kebakaran asrama siri 1 2015. Semua warden telah terlibat dalam menjayakan latihan kebakaran ini.


Taklimat latihan kebakaran oleh Cikgu Norhisham


3 orang pelajar yang menjadi 'mangsa' kebakaran

Diharapkan para pelajar dapat mengutamakan keselamatan dan sentiasa peka terhadap keadaan seskeliling.

MAJLIS PENUTUP MINGGU SILTURAHIM SEM 1 SESI 2015


Pada 3 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung Majlis Makan Malam sempena Penutuup Minggu Silaturahim 2015. Unit Pengurusan Asrama mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir.

Makan malam diserikan lagi dengan persembahan pelajar dan ucapan daripada wakil pelajar tahun 1.


Seakalung tahniah buat Exco Asrama yang berjaya mengendalikan majlis dengan baik. Tahniah juga buat kumpulan yang berjaya dinobatkan sebagai johan persembahan terbaik.