Thursday, January 29, 2015

SARINGAN KELAS MENGAJI 2015

Pada 28 Januari 2015 telah berlansung sesi saringan kelas mengaji untuk para pelajar baru. Sesi saringan ini dibuat bagi memilih pelajar yang lemah dalam bacaan al-Quran. Seterusnya pihak warden akan membantu dalam menyediakan tenaga pengajar bagi kelas mengaji. Surat akan menyusul pada minggu pertama Februari 2015. Mohon perhatian dari pihak ibu bapa/penjaga.







Minggu Silaturrahim 2015

Minggu Silaturahim 2015 sedang berjalan dan dijangka akan berakhir pada 3 Februari 2015. Aktiviti lebih berfokus kepada LDK yang dikendalikan oleh EXCO Asrama 2015. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengisi slot yang telah ditetapkan, antaranya taaruf, kotak beracun dan pelbagai aktiviti lain. UPA KVAS berharap agar semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama





Sunday, January 25, 2015

PENDAFTARAN ASRAMA SEMESTER 1 2015




MEJA PENDAFTARAN

BARISAN EXCO YANG MEMBANTU

KEADAAN DALAM DORM

 KHEMAH MENUNGGU

PEJABAT WARDEN

Saturday, January 24, 2015

Pesediaan Pendaftaran Pelajar Sem 1 Sesi 2015

Minggu ini bermulalah aktiviti bagi persediaan pendaftaran baru 2015. UPA mengucapkan sekalung penghargaan terhadap para MPPA yang sanggup mengorbankan cuti minggu untuk membantu para warden di asrama.

Banyak ubi bernama ubi,
Ubi keledek ditanam orang;
Banyak budi bernama budi,
Budi baik dikenang orang.



Friday, January 23, 2015

MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR ASRAMA KALI PERTAMA


TARIKH : 15 JANUARI 2015
HARI : KHAMIS
MASA : 8.30 - 10.00 MALAM

Pendaftaran Asrama Sem 3 dan Sem 5 Sesi 2015

Pada 11 Januari 2015 yang lalu, telah diadakan pendaftaran asrama bagi para pelajar Sem 3 dan Sem 5 Sesi 2015. Para pelajar ini merupakan pelajar yang telah berjaya dalam proses pemilihan yang telah dibuat pada November 2014. Hanya pelajar yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja dipilih dan telah diputuskan dalam mesyuarat pemilihan pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tn. Hj. Yacob Bin Mansor.

Pendaftaran diadakan secara berpusat di Pejabat Warden Asrama dimana beberapa kaunter telah dibuka yang terdiri daripada :

  1. Semakan dokumen pendaftaran
  2. Yuran makan asrama
  3. Yuran PIBG
  4. Penempatan dorm
Unit Pengurusan Asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua pihak dalam memastikan pendaftaran yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya.

Berikut beberapa paparan sewaktu sesi pendaftaran berlangsung.