Friday, May 20, 2016

Sambutan Hari Lahir Mei/Jun Dan Surprised Hari Guru

Pada 20 Mei 2016 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Lahir para pejar asrama. Majlis diberikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar Aspura dan Aspuri. Exco asrama turut membuat kejutan sempena sambutan hari guru tahun ini. Terima kasih diatas kerjasama semua exco Dan para pelajar asrama.



Monday, May 9, 2016

JOM LEPAK KANTIN MALAM NI

Kantin KVAS telah beroperasi sehingga waktu malam. Para pelajar asrama tidak perlu lagi menempah makanan di luar. Dengan harga yang berpatutan dan suasana yang kondusif, kita lepak kantin jer laaaaa..... Jom.

GOTONG ROYONG PERDANA

Sama-sama kita jaga asrama kita.. "ASRAMA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA"

HAPPY BIRTHDAY SEMUA (MAC/APRIL)

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

TERIMA KASIH EXCO ASRAMA

Program jalan-jalan di Port Dickson sebagai menghargai penat elah para exco dalam membantu warden menguruskan asrama. Sayang kamu semua....

JOHAN NASYID KARNIVAL DAKWAH NEGERI SEMBILAN

Alhamdulilah tahun ini sekali lagi kumpulan nasyid Al-Falah KVAS menjadi johan nasyid peringkat Negeri Sembilan dan akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Teruskan usaha dalam memburu kejuaraan di peringkat kebangsaan. Amin.

MEMBUDAYAKAN BACAAN AL-QURAN DI ASRAMA

Pada setiap malam selepas solat maghrib, para pelaar akan bertadarus mengikut dirm masing-masing. Pengisian ini dijalankan bagi melatih para pelajar untuk membudayakan bacaan al-Quran. Terima kasih diucapkan kepada exco kerohanian iaitu Zikry dan Irfan yang membantu warden dalam menguruskan aktiviti surau.

KULIAH PEMANTAPAN SOLAT

Setiap hari Isnin 9.00 hingga 10.00 malam akan berlansung kuliah pemantapan solat. Kuliah ini disampaikan oleh Tn Hj Amran, pegawai dari Kole Matrikulasi Negeri Sembilan. Semoga para pelaar dapat memperbaiki solat mereka. Para pelaar yang tinggal di luar dan para penaga yang berkelapangan juga dijemput hadir.


KELAS BIMBINGAN AL-QURAN

Tahniah kepada para pelajar yang telah bersungguh-sungguh mempelajari bacaan iqra' dalam kelas bimbingan asas al-Quran. Unit Pengurusan Asrama mendoakan agar kalian semua dipermudahkan dalam menimba ilmu. Kelas ini dijalankan setiap hari Selasa dan Rabu pukul 9.00 hingga 10.00 malam.


JOHAN NASYID KARNIVAL DAKWAH DAERAH SEREMBAN 2 2016

Sekalung tahniah buat kumpulan nasyid Al-Faah KVAS diatas kejayaan dinobatkan sebagai Johan di Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Daerah Seremban 2. Naib Johan SMKA SHAMS, dan Tempat Ketiga adalah SMK SERI PAGI. Semoga berjaya di peringkat negeri sembilan.

KUMPULAN BAND THE VOCAMPS MEMULAKAN LATIHAN

Unit Pengurusan Asrama KVAS mengucapkan terima kasih diatas kesudian En Hairi, guru muzik yang sanggup membimbing pasukan band KVAS. Semoga The VOCAMPS akan beroleh kejayaan di pertandingan peringkat negeri yang dijadualkan pada September akan datang.

DEMONSTRASI KEMAS KATIL

Pengisian hujung minggu di asrama minggu ini adalah memberikan latihan kepada pelajar untuk mengemaskan katil dengan betul. ini termasuklah kaedah memasang cadar sarung bantal dan selimut. Para pelajar senior turut memberikan tips tentang bagaimana mendapatkan cadar yang kemas dan tegang.




Sunday, May 8, 2016

FESTIVAL NASYID ASRAMA

Tahniah kepada para pelajar yang telah memberikan persembahan yang terbaik sempena Festival Nasyid Asrama 2016