Sunday, September 4, 2016

SELAMAT DATANG WARDEN BARU

Unit Pengurusan Asrama KVAS mengucapkan selamat datang kepada barisan warden baru yang mula bertugas pada 1 September 2016.


Dari kiri :
Cik Nurul Asyikin
En. Mohd Zawawi
Cik Noor Juliana

...Selamat Menjalankan Tugas...

Monday, July 11, 2016

AL-FALAH MENERUSKAN KECEMERLANGAN

Kumpulan Nasyid Al-Falah KV Ampangan sekali lagi di nobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Batte of Nasyid peringkat kebangsaan anjuran Telaga Biru dan Buasana@Mara. Kemenangan ini sekali gus menolak dakwaan sesetengah yang mempertikaikan kemengangan AL-FALAH di KDSS peringkat kebangsaan yang lalu. Pertandingan yang diadakan di bangunan busana@ mara KL itu menyaksikan 5 pasukan berentap untuk pertandingan akhir. Johan disandang oleh kumpulan INTERAKSEE dari USIM dan Naib Johan disandang oleh kumpulan MUNADA dari KL. Dengan kemenangan tempat ketiga ini AL-FALAH membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1000 dan sijil. Tahniah AL-FALAH. Teruskan keemerlangan nasyid KV Ampangan untuk masa-masa yang akan datang.



Monday, June 13, 2016

KEGEMILANGAN AL-FALAH 2016

Sekaung tahniah buat kumpulan nasyid Al-Falah yang terdiri daripada para pelajar asrama kerana telah mengharumkan nama Negeri Sembian apabila buat julung-julung kalinya mendapat tempat ketiga dan johan lirik terbaik dalam Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah Seolah peringkat kebnagsaan tahun ini. Tahniah diatas segaa penat lelah, latihan yang berterusan dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Walaupun kita bukanlah pasukan pilihan tetapi kita telah  buktikan Al-Falah KVAS bukan lawan yang mudah...Tahniah Al-Falah.




Friday, May 20, 2016

Sambutan Hari Lahir Mei/Jun Dan Surprised Hari Guru

Pada 20 Mei 2016 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Lahir para pejar asrama. Majlis diberikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar Aspura dan Aspuri. Exco asrama turut membuat kejutan sempena sambutan hari guru tahun ini. Terima kasih diatas kerjasama semua exco Dan para pelajar asrama.



Monday, May 9, 2016

JOM LEPAK KANTIN MALAM NI

Kantin KVAS telah beroperasi sehingga waktu malam. Para pelajar asrama tidak perlu lagi menempah makanan di luar. Dengan harga yang berpatutan dan suasana yang kondusif, kita lepak kantin jer laaaaa..... Jom.

GOTONG ROYONG PERDANA

Sama-sama kita jaga asrama kita.. "ASRAMA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA"

HAPPY BIRTHDAY SEMUA (MAC/APRIL)

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

TERIMA KASIH EXCO ASRAMA

Program jalan-jalan di Port Dickson sebagai menghargai penat elah para exco dalam membantu warden menguruskan asrama. Sayang kamu semua....

JOHAN NASYID KARNIVAL DAKWAH NEGERI SEMBILAN

Alhamdulilah tahun ini sekali lagi kumpulan nasyid Al-Falah KVAS menjadi johan nasyid peringkat Negeri Sembilan dan akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Teruskan usaha dalam memburu kejuaraan di peringkat kebangsaan. Amin.

MEMBUDAYAKAN BACAAN AL-QURAN DI ASRAMA

Pada setiap malam selepas solat maghrib, para pelaar akan bertadarus mengikut dirm masing-masing. Pengisian ini dijalankan bagi melatih para pelajar untuk membudayakan bacaan al-Quran. Terima kasih diucapkan kepada exco kerohanian iaitu Zikry dan Irfan yang membantu warden dalam menguruskan aktiviti surau.