Friday, January 23, 2015

Pendaftaran Asrama Sem 3 dan Sem 5 Sesi 2015

Pada 11 Januari 2015 yang lalu, telah diadakan pendaftaran asrama bagi para pelajar Sem 3 dan Sem 5 Sesi 2015. Para pelajar ini merupakan pelajar yang telah berjaya dalam proses pemilihan yang telah dibuat pada November 2014. Hanya pelajar yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan sahaja dipilih dan telah diputuskan dalam mesyuarat pemilihan pelajar yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Tn. Hj. Yacob Bin Mansor.

Pendaftaran diadakan secara berpusat di Pejabat Warden Asrama dimana beberapa kaunter telah dibuka yang terdiri daripada :

  1. Semakan dokumen pendaftaran
  2. Yuran makan asrama
  3. Yuran PIBG
  4. Penempatan dorm
Unit Pengurusan Asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama semua pihak dalam memastikan pendaftaran yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya.

Berikut beberapa paparan sewaktu sesi pendaftaran berlangsung.




No comments:

Post a Comment